Selasa, 25 Mac 2014

cinta ais krim untuk asam pedas

NICK, AKU SAYANG KAMU LEBIH DARI YANG KAMU TAHU. CUMA TAK TERLUAH OLEH KATA-KATA. MAAFKAN AKU,

*********************************************************************************

Nick jadi pendiam dua tiga hari kebelakangan ni. aku hairan. timbul persoalan dalam hati sendiri "Aku ada buat salah ke ngan dia?" Dalam hati yang tertanya-tanya. Aku pendamkan rasa.
"Isha, kenapa termenung? Mana Nick? "
Aku tersentak. "Nick...... Dia pi toilet sekejap, jap agi dia datang." Aku tersengeh dengan teguran Nasha. Dalam diam, aku macam sukakan Nasha ni.
"Owh... Ha...Yang kau ni..Tak jawab soalan aku, kenapa menung? Pe masalah ko sayang?" nasha mengulang lagi soalannya.
"Tak ada apa-apa sha. cuma dua tiga hari ni  macam sibuk tak bertempat. Biasa assignment. awal-awal x mau buat, dah hujung-hujung ni berabis membuat. Semput aku."
"Ai... salah sendiri tu yo!" Nasha tersenyum menampilkan susunan giginya yang cantik.
Aku cuma tersenyum mendengar kata-katanya. Tak dapat nak menafikan, untuk mengiyakan agak malu. Walaupun hakikatnya kata-katanya itu benar. Seperti kata-kata orang dahulu, jentik punya jentik, terjentik hidung sendiri.
Opocot!!
Suara nasha memecahkan keheningan suasana. "Yang korang ni serius betul muka ni kenapa? Cuak pula aku tengok.... "Nick ketawa kecil melihat Nasha yang mengurut dada gara-gara terkejut dengan dirinya.
"Kau nick! kalau da sampai, cer beri salam ke apa ke? Kau  nak aku sakit jantung mati muda ke apa ar? terkejut aku...." Omel nasha.
aku menggelengkan kepala. "Korang dua orang ni kalau di biarkan sampai esok tak habis. Let's go girls! We need to continue our discussion about prensentation next week."  
********************************************************************************
Persoalan kenapa Nick diam dua tiga hari kebelakangan tu terbiar tanpa di persoalkan. Aku tak mahu terlalu hampir dengan privasi Nick. Tambahan pula, aku sekarang tengah dok usha Nasha, rakan berkumpulan kami. Aku suka dengan perangai dia yang ala-ala sweet sikit, dengan gaya manjanya tu. (Walau pun kadang-kadang aku rasa agak melampau dia sampai boleh masuk kategori gedik)
Akhirnya, aku cuma berlagak biasa dan Nick pun tiada cakap apa-apa.
Isha... Aku ada hal lah petang ni.. tak sempat nak keluar ngan ko.. sorry sayang.. hehehe " Aku cuma mengangguk. Tanda aku tak kisah dengan halnya tu. "Nick, kau  keluar KK ke?"
"Tak." Jawab Nick ringkas.
"Habis tu, ke mana?" aku mengerutkan dahi. Kalau bukan ke KK?
"Keluar ngan abang. dia tak beritahu lak ke mana." jelas Nick. tersenyum.
"Owh... Ok... apa-apa hall inform lah." Aku tersenyum-senyum sendiri, "Patutlah aku di tinggalkan. Pakcik tu dahlah susah nak bawa minah ni keluar."
"ko jalan gak? Sendiri?" tiba-tiba Nick menyoal kembali/
"Maybe tak kot. Aku ajak Nasha lah . Dia pun okey je kalau aku ajak keluar."
"Nasha? Beb, ko jangan nak lebih-lebih lak. Dia dah lah gedik semacam je aku tengok."
"Hoi.. Agak-agak lah.. aku suka dia yuk... Baru  plan nak buat awek.." lancar aku berkata.
"Apa??!!" Suara Nick meninggi.
"Ups.. "aku tutup mulut. Plan ku untuk 'suprise'kan nick kantoi. "kantoi lak." aku hanya tersenyum kecil.
"Perempuan 'gedik' macam tu?"
"Okey apa? Dia comel lah.. Manada gedik. Sopan, x delah gedik mana pun... Takdelah macam si ko tau-taulah sendiri"
"Aku still tak suka Sha" Nick mula berkeras. begitulah perangai Nick bila aku buat sesuatu yang dia tidak gemari.
"Ai, mara ke? " Aku masih ketawa bila dia masih tegas dengan pendiriannya.
" Bukan marah bah... Tapi perempuan tu..."
"Stop Nick!! stop!! Aku tak suka kalau kau nak mula cakap macam-macam pada Nasha. For me, she IS just fine. No need for you to judge her. "
"But, thats not what I mean Isha. Just.... "
"I said stop it Nick!"
"Isha..... " Nick cuba berlembut.
"What if.... i say something about your abang. Getek semacam bah lelaki yang ko puja tu..."Aku mula panas dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut Nick. tanpa sedar aku mula membangkitkan hal teman lelakinya, lelaki yang di panggil Abang.
"why you have to drag him to your problem?" soal Nick. berang.
who have problem here?
***********************************************************************

Tiada ulasan: