Kisah Sekadar Sebuah Cerita...
![]() |
nick... wanita yang aku cintai... |
nama aku isha... seorang siswa di salah sebuah universiti di tanah air (belum berkemampuan untuk ke luar negara.. namun ada angan untuk sambung master... hehehe insyaallah) iaitu di UMS, tak jauh pun kan.. masih lagi di dalam negara, Universiti Malaysia Sabah.. Jangan terkejut bila aku sebut SISWA. Nama penuh aku yang di beri ibu dan ayah adalah Ishamul Bakri bin Ahmad. sekarang ni berada di tahun dua dalam jurusan Geografi. Aku berasal dari Malaysia, haha just joking.. dari semenanjung, negeri kedah.. namun sejak aku berusia 6 tahun.. mak dan ayah berpindah ke Triang pahang.. jadi aku asal Pahang la juga kan??
sudah hampir dua tahun aku belajar di sini.. segala macam suka duka aku da rasai... semua laaa... pertemuan aku dengan seorang SISWA ni tak di sengajakan... masa orientasi dua tahun lalu.... tengah tercari2.. almaklumlah jauh dan sendiri lagi di negeri orang.. masa tu laa aku berkenalan dengan nik norain musliha binti firdaus...( baru aku perasan, panjangnya lah nama dia)... di ringkaskan, aku panggil dia NICK...
![]() |
ASAM PEDAS!!! |
nick ni walaupun berpewatakan tu 'keras' dan berperawakan macam boy.. dia ada satu yang orang tak akan sangka.. dia pandai memasak!! aku pulak paling suka makan, nak-nak pulak asam pedasnya... memang laa... kecur air liur aku... kami berkawan dan rapat sejak tu.. tambahan pula kami ni dalam program pengajian yang sama.... nick pelajar yang pintar.( maybe lebih dari aku...) hahahahaha
dan aku pula?? erm.... nick suka makan aiskrim... jadi aku selalu laa jadi 'driver'nya untuk pergi berjalan2 cari aiskrim yang sedap... memang kami selalu bersama kalau ke mana2... kalau setakat ke 1borneo yang hanya 20 minit berjalan kaki dari UMS ni?? hampir setiap hari.. cuma untuk makan dan apa yang penting ais krim... hehe ada satu yang Nick suka.. Soft aiskrim berhampiran dengan kedai buku HARRIS..
APA YANG AKU BOLEH CAKAP.. KAMI SELALU JADI PERBUALAN ANTARA TEMAN2.. RAMAI YANG MENGATAKAN KAMI BERCINTA.. DAN MEMANG SECARA DIAM2, AKU SUKA PADA DIA... ENTAH KENAPA.. SIKAPNYA, PERSONALITINYA YANG RIANG RIA ALA ALA KANAK2 RIBENA VS TERLALU SERIUS BILA BUAT KERJA TU BUAT AKU JADI SUKA DENGAN DIA..
walau bagaimana pun.. aku tak pernah meluahkan perasaan aku pada Nick... Sebab setakat yang aku tahu.. Nick sudah ada seseorang yang istimewa SI ABANG.... Jadi aku tak nak lah 'spoilkan' persahabatan yang telah terjalin ni dengan sesuatu yang macam ni...
so.. apa pendapat korang?