Jumaat, 11 Oktober 2013

Oh My School ~~ Sekolah Sains Sosial, UMS

UNVERSITI MALAYSIA SABAH


THIS IS TRIPLE S OF UMS : SCHOOL OF SOCIAL SCIENCES




THIS IS MY SCHOOL



FRONT VIEW OF SSS



UPPER VIEW OF THE SCHOOL...

I'M PROUD TO BE ONE OF UMS SSS STUDENT

SEKIAN! TERIMA KASIH


Rabu, 9 Oktober 2013

Disaat Aku Mencintaimu by Dadali Band with Lyric's YouTube




Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…………..

Rabu, 2 Oktober 2013

finally.. I already know the reality...

who wants that fat cheezy wheezy stupid girl?
(credited to: http://img-cache.cdn.gaiaonline.com/6a09ed0212a1ee5677ab1e019ce09f5f/http://i31.photobucket.com/albums/c356/high_on_shugar/Anime%20Girls/FattAnimeGirl.jpg)

THIS IS LIFE...
NO ONE EVER THINK OR 
EVEN TRY TO THINK
'THIS GIRL ALSO HAVE FEELING'
OR 
'SHE NEVER ASKED TO BE FAT'
'SHE IS SAD'
'HER EYES TOLD US MORE THAN HER WORD THAT SHE IN LOVE'

AND 
WHAT MORE IMPORTANT 
'SHE ALSO HAVE FEELING TO BE IN LOVE'

(credited to: http://imagexsotic.com/wp-content/uploads/2013/04/Anime-Couple-2013-HD-Wallpaper.jpg)

LIKE THIS....

LOVE IS... 

JUST SAY WHAT IN YOUR HEART...


(credited to: http://images2.fanpop.com/images/photos/4100000/Love-wallpaper-love-4187609-1920-1200.jpg)


i love you..

i wish i can say this to him..

but i just cant...

(credited to: https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQY07oHIuSpUl141TssNUutynSvkPm1cSOD-0mREOglRLz8QaHEbA)

I JUST CAN'T!!!!!!!

Jumaat, 12 Julai 2013

info_info_info...... tips memilih warna pakaian berdasarkan bentuk badan & warna kulit...

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN

 BENTUK BADAN



Badan gempal dan tinggi

Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.

Badan kurus dan rendah
Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy!

Badan kurus dan tinggi
Untuk individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.

Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu :-

(a) Bentuk Badan Buah Pear
Bentuk Badan Buah Pear
Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.

Tips untuk bentuk badan buah pear :
    1. Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
    2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
3. Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.


(b) Bentuk Tubuh Epal

Bentuk Tubuh Epal
Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.

Tips untuk bentuk tubuh epal :
1. Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.
2. Seluar dan skirt berpotongan lurus sesuai digayakan.
3. Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.

4. Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.
5. Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.



(c ) Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.
Tips untuk tubuh 4 segi :
1. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.
2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.






(d)  Bentuk Jam pasir


Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggang sehingga terlihat seksi.
Tips untuk tubuh jam pasir :
  1. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.
  1. Kepada yang tidak memakai tudung, anda boleh memakai pakaian bahagian atas (leher) jenis yang terbuka untuk menonjolkan bentuk bahu yang indah.
  1. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping.
      4. Serlahkan penampilan anda dengan warna-warna ceria


TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASARKAN 


KULIT




  1. Kulit Putih/Cerah


Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yang sesuai sangat senang dan banyak. Jika anda berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam dan biru terang. Jauhi memakai pakaian bewarna pastel seperti coklat dan biru muda kerana ia akan membuatkan anda nampak pucat.





  1. Kulit Sawo Matang


Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu. Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan menyerlah. Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau berona gelap, ia akan membuatkan anda kelihatan kusam.





  1. Kulit Gelap/Hitam Manis


Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, dan kelabu. Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap.

Siapa Sangka... Aku Suka Dia...


Assalamualaikum dan selamat petang.. hari ni.. berkongsi tentang cinta... cinta? siapa yang tak ada pengalaman bercinta, mencintai dan di cintai mencapai usia 20-an ni pelik.. PELIKKAH?
entahlah... inilah STYLE dunia sekarang... alhamdullillah.. walaupun begini.. belum lagi la sampai tahap BANGGA bila kahwin tak ada dara...



bukan tu yang aku nak cakap...

x sangka je kan.. hari demi hari aku tgok muka diaaa.... aku pun tak sangka yang aku boleh jatih hati dengan dia..
tapi.. selagi boleh.... aku nafikan..... biarlah... biarlah dia senantiasa berada di samping aku sebagai sabahat yang sudi meminjamkan bahunya padaku...
bukan kekasih yang sentiasa menyulitkan aku dengan kisah cintaku...... tapi dalam tak sedar.. rupanya hati aku berkata yang lain... siapa sangka?? di saat ini aku mula menyayangi nya.. malahan mungkin aku jatuh cinta padanya... apa lah yang bakal terjadi?? 

entahlah.... kisah hati... dapatkah sesiapa yang menyangkalnya???




tetapi.. satu perkara.. daripada aku meluahkan perasaanku padanya.. lebih senang aku terus bersahabat sahaja dengannya.. 



Semoga Persahabatan Ini Terus Terjalin...


Kerana DIA seorang BAPA....


Sekadar kongsi cerita.Sebak membaca kisah ni.. Mohon semua anak-anak mengambil iktibar dari kisah ni..Pagi tadi:Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..



Khamis, 2 Mei 2013

cinta ais krim untuk asam pedas 1

assalamualaikum dan selamat tengahari..

hai... nama ku isha..  ingin aku menyambung kisahku tentangku dengan Nick...
Malam semalam sepatutnya aku mengahdiri satu mensyuarat untuk AJK program yang bakal mendatang.. namun gara2 aku "demam" dan "terbakar" sendirian di bilik... aku langsung tak cakap atau inform apa2 kenapa aku tak pergi meeting tu... Nick sebagai Exco aku dan aku adalah sekretariatnya untuk Informasi Dan Publisiti JAKMAS Kolej E sesi 2012/2013.. haha aku dah la tak tahu apa2 untuk bahagian ni..

teruk kan...

nick... aku jalan kaki ke kelas pagi tadi... sendirian.. aku ingatkan aku di tinggalkan oleh Nick... gara-gara aku terlewat bangun.. sekali bila sampai ke kelas.. rupanya aku yang tinggalkan dia... dia pun terlewat gara2 meeting sampai lewat..

teruk kan...

lagi teruk bila aku rasa mcam aku da mcam x serasi lagi nak buat kerja lagi dengan dia.. tapi aku tak dapat nak lari dari sisi nick.. satu sebab aku sayang dia.. serius aku sayang dia.. tapi aku tak tahan dengan hati aku sendiri... aku cemburu bila aku nampak nick bersama ngn orang lain.. nick.. tolonglah fahami aku...
nick dia bukan jenis orang yang pemarah.. malahan sepanjang mungkin 2 tahun perkenalan kami.. nick x pernah marahkan aku secara langsung.. kalo setakat teguran2.. biasalah.. jenis aku pulak... kadang2 aku kena di marah supaya aku sedar diri... tapi aku nak biarlah orang yang marah aku tu orang yg aku rasa dia kenal hati budi aku..

aku teruk kan?

keinginan untuk nick makan aiskrim 2 3 minggu kebelakangan ni melampau.. sampaikan setiap masa pun mahukan ais krim.. kalau x pun.. dia akan ambil air yang berais.. dan ais nya mesti banyak.. serius sangat.. aku risaukan dia.. nick... tolonglah.. last2 aku cuma cakap kalau nak makan air sejuk ke ais krim ke apa2 jelah... makan dulu.. jangan makan masa perut kosong.. sebab aku tahu bila dia makan macam2 bila perutnya kosong.. automatis dia akan jatuh sakit bertambah dasyat dengan gastriknya tu... aku da macam ayahnya dah.. aku kira apa.... yang penting nick yang tersayang aku tu tak jatuh sakit kan!!

jangan cakap yang aku teruk gara2 benda ni...

Ahad, 21 April 2013

dia nak tunjuk je ~~ apa salahnya


  • DIA NAK TUNJUK JE YG DIA PANDAI EDIT2 GAMBAR...  ~~ ORANG LAIN TAK PANDAI...
  • Kadang-kadang perasan tak yang ada orang suka sangat edit gambar secara melampau. Sampaikan kadang-kadang originality atau keaslian itu sudah tiada. Agak-agak la kan kalau gambar yang dah diedit tu tak macam gambar asal. 
  • kesianlah kat mak ayah.. kalau tengok gambar ANAK tibe2.. ori anak melayu jati.. skali gambar.. amek kau... macam orang australia.. haha
  • melampau la plak... mengedit gambarnya.. sampai hidung pun hilang..??

<photo id="1" />


    • DIA NAK BERITAHU ORANG LAAA.. ~~ YANG DIA DA AD BOYFRIEND... 
    • sampai dia lupa pesan mak ayah.. datang sini jauh.. BELAJAR.. nak bercinta.. ikut apa baik buruk..kalau lagi banyak buruk.. JANGAN!!
    • dirimu biarkan kemanisan bercinta itu "dihirup " sebelum dirimu bernikah dengannya.
    • Bercintalah dengannya sekadar sahaja, kelak bimbang dia bukan jodohmu. 
    • Jikalau dirimu ingin berbahgia seumur hidup, maka tahanlah dirimu sebelum dirimu sah menjadi miliknya.
    • Jikalau dirimu mencintai dirinya, maka binalah asas perkahwinan berlandaskan syariat-Nya.
    • Kebahagiaan yang dirimu lihat sebelum nikah hanyalah PALSU belaka, yang sebenar adalah selepas nikah.
    • Jikalau dirimu ingin yang terbaik untuk pasangan mu, maka dirimu dahulu lah yang mesti menjadi yang terbaik. 
    • Membina keserasian antara kalian bukanlah dengan cara "berdating" cukuplah sekadar mengetahui apa yang perlu dirimu ingin tahu.
    • Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
    • Jika dirimu masih belum bercinta, maka tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga dirimu yakin cinta itu membawa ke alam perkahwinan.
    • Jangan biarkan nafsu dan cintamu sehingga tidak diterima oleh ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan hidupmu. 
  • DIA NAK TUNJUK JE.. YANG MAK AYAH DIA X KISAH PUN DENGAN APA YANG DIA BUAT.. 
  • dia nak cakap macam ni sebenarnya.. itu cara dia tunjukkan yang kasih dan sayang dia pada mak ayah dia.. 
  • dengan mengaku dah bertunang.. walaupun dalam caranya sendiri.. 
  • DI MANA LAH RASA HORMAT DIA?

## jangan masuk campur hal orang... (pesanan tuk diri sendiri....) 

Selasa, 16 April 2013


ni contoh baju untuk COLOUR BLOCK..
ada  je... SOPAN je untuk muslimah pun.. 

hehe.. emosi sekejap.. apa ber ngan colour block ni?

inilah tema DINNER untuk GEOGRAFI UNVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2012/2013
semua siswa/i sama ku kecoh ttg benda ni... susah cari baju.. 

setakat yang aku faham dari apa yg aku dapat dari GOOGLE ni... COLOUR BLOCK ni adalah satu pasang pakaian yang mana beberapa warna TERANG di gabungkan... contohnya macam gambar yang di atas tu.. 
tak perlulah nak pakai seksi macam.yang kat bawah ni.. sesuaikanlah ngan imej diri anda.. 
haha... kan?? 

Jumaat, 12 April 2013

saya panas hati dengan dia ~ ~ seorang pengemis cinta

SERIUS!!! Saya panas hati dengan seseorang hari ni...

apa nak buat? sayangkan kawan... saya tersepit antara lelaki yang suka kan dia..
tapi hari ni saya betul2 macam nak meletup.. sudah laaaa
saya stress dengan GIS.. base map ni..
ditambah2 lagi dengan beberapa orang lelaki yang saya nak kategorikan sebagai KAYU balak!!
keras hari & tak pandai faham..
tolonglah... cubalah faham.. da masuk universiti..tpi perangai.. adeeh.... adik2 di PRA U pun lagi pandai memahami..
mcamanalah perasaan mak dan ayah dia kalau tahu yang dia kejar perempuan masa tengah belajar.. ganggu tengah-tengah malam..
tegur pasal pakaian tak kira siang malam.. siapa la yang tak stress.??
perangai orang dari satu ni... memang semua nya mcam tu... perangai pape tah.. kalau aku sebut kang~!
adalah jadi isu HUBUNGAN ETNIK la plak... berPRASANGKA....
apa lah yang patut di buat.. sejukkan hati... ya allah.. sabarkan lah hati hamba MU ini...

Khamis, 11 April 2013

TER"OVER"~~ SAYA PENING

sape tahu bendA ni ... confirm tahu perasaan saya... mengadap benda ni hari2... berbengkel dengan pensyarah saya ttg benda ni.. memang banyak yang saya belajar.. haha smart kan.. sampel layer untuk gis yang kami tgh buat:

mcam ni laaa... untuk 3 kawasan..means ada 3 peta akhir yang berbeza.. gis owh gis.. saya sayang kamu.. haha

tapi saya rasa macam da sampai maksimum kapasiti... pening suda saya rgok laptop saya ari ni..

THE BIGGEST PROBLEM IS:  IM DOING MY ASSIGNMENT AND I HVE TO SEND IT BY TODAY OR TOMORROW IS THE LAST!!

waaaaaaaaaaa.... ottoke?

Rabu, 10 April 2013

ramai berkawan ~~ tak rugi pun...

tak rugi pun kalau berkawan ramai2 kan??
rezeki untuk menyambung study da membawa aku ke satu tempat yang tak pernah terlintas pun di fikiran ..
saya sekarang di UMS... universiti malaysia SABAH ok..bukan sarawak.... sarawak tu unversiti nya.. unimas...

pelik laa kenapa orang boleh tertukar2...

itu bukan apa yang aku nak post ari ni sebenarnya....

erm.... walaupun da dua tahun laaa(kununnya...) kat ums ni.. tpi cuma dengan sesetengah aja yang aku selalu bercakap... ada la sorang 2 3 4 5 6 7 8 9 dan seterusnya... aku bertegur sapa pun tak.. walau pun kami satu kelas. satu kos..

entah apa2 kan??

tapi sekarang!! right now!! aku terberkumpulan dengan orang2 yg aku 'kurang'biasa'.. means yg aku jarang2 tegur laa... bila da terberkumpulan ni.. baru aku perasan.. (bukan perasan cantik..tapi) yg dyorang sume sporting giler.. serius memang senang laa nak kerjasama..

kecuali dengan satu orang ni... aku pun tak tahu ~~ lalalalalala (tiba2 boleh menyanyi la pulak..hihi)

BERKAWAN BIAR BERJUTA... BERKASIH BIAR BERIBU.. TAPI APA YANG PASTI... SETIA HANYA PADA YANG SATU...

sandi, kan?

macam-macam ragam kawan2 yg aku temui di ums bertekad cemerlang ni...

apa yang ak bole cakap.. aku da ad kawan seluruh malaysia termasuk di kepulauan borneo ni....
erm....

may be kalau ada peluang untuk aku sambung sampai ke peringkat master.. mungkin aku akan sambung di LUAR negara... dalam cadangan aku.... masih lagi dalam negara di Asia.. cuma di mana.. blum lagi aku tahu.. ermmm... pHd? master pun belum nampak bayang2 lagi ni.... haha

apa2 nak buat.. aku chaiyok3!! naikkan result dan pngk ku dulu.. hahaha

Jumaat, 5 April 2013

WHATEVER~~ FINALLY SAYA BEBAS DARINYA...

ALHAMDULILLAH.... akhirnya selamat sudah saya membentang untuk semester ni... walaupun selepas cuti mid sem break ni saya masi ada beberapa pembentangan lain... tpi ini yg paling merisaukan saya.. first.. ini sudahlah subjek elektif saya iaitu subjek atau pun pembelajaran yang saya belajar adalah langsung tak "familiar"... tahap "ke blurrran" memang sangat tinggi.. tpi syukur.. berjaya mengharungi dengan sangat jaya nya.. thank to azizi dan juga erni... hehe

cuma kali ni pelajaran untuk saya.. dah tak tahu jangan la buat kerja last minute.. sebab konfom kelam kabut tahap dewa... dan sedangkan erni sendiri pun akhirnya kepeningan gara2 last minit ni... dan untuk SISWA..(maksud saya student unversti yang jantina nya adalah LELAKi..) relaks gila... don't know what to say...

but still.. alhamdulillah.. hopefully saya dapat naikkan pngk saya semester ni...

sebut pasal tu... rupanya bermula dari semester akan datang.. saya bakal bergelar FINAL year sudah.. ya allah.. rupanya tiga tahun sudah saya berhempas pulas belajar.. semua laa ada ketawa.. air mata.. senyuman.. kecewa.. semuanya bercampur gaul jadi saya.. dan hasilnya adalah saya..hehe

when i talk bout final year.. that also means thesis..
what a scary thing to think about..

but... luckily..  get an offer from my targeted lecturer...
offer baik punya.. (hihi.. over excited)

untuk jadi inumerator beliau untuk projek penyelidikan beliau di beberapa kawasan di sabah ni..

:)

im so happy...

so.. GOOD LUCK TO MYSELF... and chaiyok2!!

Rabu, 3 April 2013

ZAMAN SEKOLAH VS UNIVERSITI...

assalamualaikum dan selamat petang dan salam satu ums kampus ceria dan bertekad cemerlang...


hari ni saya mcam nak share something.. setakat satu perkongsian sahaja..
MERAH LAGI BANYAK DARI BIRU??

 dulu masa zaman sekolah2:semua pun cikgu yg bagi.. kerja sekolah.. ok buat!! next week hantar.. ini solannya dan sila buat jawapan di ruang yang di sediakan..

sekarang di universiti: pensyarah cakap. ini tajuk assignment kamu, sila buat minimum 15 pages dan maksimum 20 pages. lebih atau kurang markah akan di tolak. SINGLE SPACING. due date adalah pada minggu ke-9, 20 rujukan, sekurang2nya ada 5 rujukan dari buku dan selebihnya adalah jurnal dan lain2.. blog tidak sah sebagai rujukan.


dulu zaman sekolah2: malasnya lah nak buat kerja sekolah ni.. tak pernah abis.... mak cakap "KENAPA TAK BUAT LAGI KERJA SEKOLAH NI???!!"

sekarang di universiti: biarlah dulu assignment ni... (hue.. da tak ada sape nak larang kan... BEBAS buat apa saje..)

dulu masa zaman sekolah2: cikgu cakap belajar rajin2.. nanti boleh masuk U.. kat u best.. da tak payah lagi pakai baju seragam. jadual bole buat sendiri.. malas bangun pagi2.. ameklah kelas petang je semua..

sekarang di universiti: da susun2 jadual sendiri.. pening dan timbul persoalan.. "KENAPA JADUAL AKU JADI MACAM NI??" dan wujud pemikiran... "kan SENANG JADI BUDAK SEKOLAH. JADUAL SEMUA DA TERSUSUN, PERGI PAGI, BALIK PETANG. SIAP. TAK PAYAH PENING NGAN JADUAL SEGALA BAGAI."


dulu masa zaman sekolah2: boringlah.. da lima tahun aku asyik pakai baju yang sama. baju putih kain biru,, eee...

sekarang di universiti: aku rasa macam asyik2 pakai baju yang ni je.. malu laa ngan kengkawan.. dyorang macam tak ulang2 pakai pun baju.. kalo  sekolah dulu ari2 baju sama semua.. RINDUNYA ZAMAN SEKOLAH..

kan..?? sape setuju?? itula yang di rasai saya sekarang.. saya rindu sekolah.. rindu kat cikgu2.. serius.. macam kalau kat sekolah.. nak jumpa cikgu2 pun.. senang je... nak2 kalo mcam saya laa... memang rapat.. tak kiralah cikgu tu mengajar saya masa form 1 or form 6.. they 're all my beloved teachers...

tapi dalam pada masa yang sama... walau pun saya rasa berstruggle di universiti.. di mana rezeki saya untuk menerima tawaran dari unversiti jauh di borneo malaysia ni.. UMS...

telah memberi saya ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi.. sebab AYAH saya kata PENDIDIKAN NI LAH HARTA SAYA... jangan laa berebut harta DIA yang sekangkang kera tu.. USAHA sendiri... buat harta sendiri.. pensyarah saya pun ulang perkara yang sama. jadi berusahalah meningkatkan diri sendiri.. ok!

Isnin, 1 April 2013

Dinner... dinner... dinner??


simple je prinsip ttg perkara DINNER masa kita tengah belajar di Universiti ni.. kita ada masa untuk dapatkan degree cuma tiga tahun.. dalam tiga tahun tu.. kita akan menemui dinner sebagai salah satu proses di mana :
untuk pertama kali.. kita MERAIKAN kakak2 & abg2 kita yg bakal bergraduasi pada tahun tu..
dalam perjalanan kita tu.. DInnER buat kali yang kedua adalah.. kita adalah orang yang MENGURUSKAN perjalanan majlis tu... dari sebelum.. semasa dan selepas.. dan turut meraikan senior2 kita..
dan dalam perjalanan kita ni... tinggal satu je lagi peluang utk turut serta iaitu masa ni kita bukan lagi  meraikan tapi inilah masanya kita DI RAIKAN dengan ucapan tahniah dan juga masa
ini lah kita akan sedar betapa kita sudah bersama untuk menempuhi kehidupan kita sebagai siswa siswi yg masing2 mengejar cita dan cinta untuk mendapatkan ijazah...
 ijazah dalam genggaman.. muka ibu bapa penuh kegembiraan dan senyuman..
betapa kita bertemu dan jua menemui perpisahan.. entah bila lagi akan bertemu semula. hanya ALlah yang tahu...
betapa sayang nya peluang yang ada depan mata untuk mengumpul memori dan kegembiraan bersama tu di lepaskan begitu sahaja... orang lain yang tak berpeluang untuk melalui perkara ni.. betapa lah ia mahukannya...
tapi sayang.. gara2 sehelai baju... pentingkah baju tu nak di bandingkan masa untuk bersama KELUARGA GEOGRAFI kita?
tapi kalau ada yang bersuara kat sini tentang ni.. akan dapat maklum balas...
"alaa.. ngko boleh laaa... kaya... anak FELDA!!"
sayang,... yang kaya tu FELDA>> tanah tu tanah BAPA saya... bukan saya.. saya pun tgah strugle macam anda untuk dapat kan degree dgn harapan untuk cari kerja,k!!

Rabu, 27 Februari 2013

cinta ais krim untuk asam pedas


Kisah Sekadar Sebuah Cerita...
nick... wanita yang aku cintai...

nama aku isha... seorang siswa di salah sebuah universiti di tanah air (belum berkemampuan untuk ke luar negara.. namun ada angan untuk sambung master... hehehe insyaallah) iaitu di UMS, tak jauh pun kan..  masih lagi di dalam negara, Universiti Malaysia Sabah.. Jangan terkejut bila aku sebut SISWA. Nama penuh aku yang di beri ibu dan ayah adalah Ishamul Bakri bin Ahmad. sekarang ni berada di tahun dua dalam jurusan Geografi. Aku berasal dari Malaysia, haha just joking.. dari semenanjung, negeri kedah.. namun sejak aku berusia 6 tahun.. mak dan ayah berpindah ke Triang pahang.. jadi aku asal Pahang la juga kan??

sudah hampir dua tahun aku belajar di sini.. segala macam suka duka aku da rasai... semua laaa... pertemuan aku dengan seorang SISWA ni tak di sengajakan... masa orientasi dua tahun lalu.... tengah tercari2.. almaklumlah jauh dan sendiri lagi di negeri orang.. masa tu laa aku berkenalan dengan nik norain musliha binti firdaus...( baru aku perasan, panjangnya lah nama dia)... di ringkaskan, aku panggil dia NICK... 

ASAM PEDAS!!!
nick ni walaupun berpewatakan tu 'keras' dan berperawakan macam boy.. dia ada satu yang orang tak akan sangka.. dia pandai memasak!! aku pulak paling suka makan, nak-nak pulak asam pedasnya... memang laa... kecur air liur aku... kami berkawan dan rapat sejak tu.. tambahan pula kami ni dalam program pengajian yang sama.... nick pelajar yang pintar.( maybe lebih dari aku...) hahahahaha

dan aku pula?? erm.... nick suka makan aiskrim... jadi aku selalu laa jadi 'driver'nya untuk pergi berjalan2 cari aiskrim yang sedap... memang kami selalu bersama kalau ke mana2... kalau setakat ke 1borneo yang hanya 20 minit berjalan kaki dari UMS ni?? hampir setiap hari.. cuma untuk makan dan apa yang penting ais krim... hehe ada satu yang Nick suka.. Soft aiskrim berhampiran dengan kedai buku HARRIS.. 

APA YANG AKU BOLEH CAKAP.. KAMI SELALU JADI PERBUALAN ANTARA TEMAN2.. RAMAI YANG MENGATAKAN KAMI BERCINTA.. DAN MEMANG SECARA DIAM2, AKU SUKA PADA DIA... ENTAH KENAPA.. SIKAPNYA, PERSONALITINYA YANG RIANG RIA ALA ALA KANAK2 RIBENA VS TERLALU SERIUS BILA BUAT KERJA TU BUAT AKU JADI SUKA DENGAN DIA.. 


walau bagaimana pun.. aku tak pernah meluahkan perasaan aku pada Nick... Sebab setakat yang aku tahu.. Nick sudah ada seseorang yang istimewa SI ABANG.... Jadi aku tak nak lah 'spoilkan' persahabatan yang telah terjalin ni  dengan sesuatu yang macam ni...


so.. apa pendapat korang?